Kata-kata Mutiara Hati

Posted by lilycarla007 in Jan 17, 2011, under Jangan Besedih

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai”
daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi
terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar
untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya
menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan
terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama
anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,
kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu
itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari
orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang
ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan
dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah
dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu
sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda
benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yang satu lagi,

“Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu
begitu sahaja.”

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk
mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak
menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia
pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari
kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah
orang yang benar-benar anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya,
fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita
sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai
atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita.
Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai
dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu
sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai
anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencinta i itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain
ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut
hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat
dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan
pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan
ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian
bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa
cuba memenangi) anda selamanya… “

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi
pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau
cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu;
kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi,
jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan
orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang
anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup
ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa
lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda
kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan
hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang
tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih
sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan.
Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup
bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang
paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat
dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.
Apabila anda bercinta, ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami;
tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil
itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda
mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda
berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini.
Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda
mencintai.

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel “

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya
untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap
hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih, Maha
Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti
ada balasan dari-Nya… BERINGATLAH. ..


// If comments are open, but there are no comments.

Leave a Reply